MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kongsi pengalaman penggerak pertubuhan belia bersama peserta MFLS Tier 3

KUALA LUMPUR 14 Mei – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan telah hadir memenuhi undangan i-LEAD bagi berkongsi pengalaman sebagai penggerak pertubuhan belia bersama 120 orang peserta MFLS Tier 3 di Pusat Belia Antarabangsa di sini. Sdr. Syafiq berkongsi pendedahan tentang fungsi dan peranan gerakan belia serta menggalak dan mendorong agar […]

Program Santai Belia anjuran SEEDS UiTM Kampus Puncak Alam

SHAH ALAM 14 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah hadir sebagai ahli Panel Program Santai Belia anjuran SEEDS UiTM Kampus Puncak Alam. Beliau berkongsi soal kepimpinan dan peranan generasi muda hari ini khususnya golongan mahasiswa dalam konteks kehidupan dan ekosistem bermasyarakat. Mereka tidak harus terlalu fokus […]

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sekretariat HBN KBS-MBM Tahun 2023

DALAM TALIAN 11Mei – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sekretariat Hari Belia Negara (HBN) KBS-MBM Tahun 2023 dihoskan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) secara dalam talian. Mesyuarat ini bagi mendengar maklum balas gerak kerja dari setiap jawatankuasa pelaksana program Sambutan HBN2023. Untuk rekod, Sambutan HBN2023 Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan […]

Program advokasi pencegahan rasuah dalam kalangan belia SPRM-MBM

PUTRAJAYA 11 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah menghadiri mesyuarat bersama Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Bangunan SPRM Putrajaya. Ini merupakan mesyuarat lanjutan kedua-dua pihak bagi membincangkan kerjasama program advokasi pencegahan rasuah dalam kalangan belia yang dirancang di Negeri Johor pada […]

Translate »