PELAPORAN : Delegasi MBM mewakili Malaysia ke XX ISA World Congress of Sociology

MELBOURNE 27 Jun – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah membentangkan dua kertas inisiatif program di XX ISA WORLD Congress of Sociology bertempat di Melbourne, Australia. Kongres kali ke-20 yang berlangsung pada 27 Jun hingga 1 Julai ini merupakan persidangan bagi ahli sosiologi seluruh dunia dengan tema Resurgent Authoritarianism: The Sociology of New Entanglements of Religions, […]
MBM santuni anak muda Kampung Baru dan Kampung Bujuk To’ Uban

PASIR MAS 18 Julai – Sementara berada di Kelantan, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun berkesempatan menyantuni anak-anak muda Kampung Baru dan Kampung Bujuk di To’ Uban, Pasir Mas. Beliau turut berkongsi nasihat dan tata cara berhubung hasrat anak muda dari kedua-dua kampung ini bagi menubuhkan Kelab Belia. Turut sama Sdr. […]
Tawaran kerjasama bidang keusahawanan melalui tawaran perniagaan runcit

KUALA LUMPUR 17 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dikunjungi Team Smart Biz Intan Niaga melalui Pengarah Urusannya, Encik Mohd Rimie Ismail dan Pengarah Urusan Wave Energy Water Sdn Bhd bagi menawarkan kerjasama dalam bidang keusahawanan melalui tawaran perniagaan runcit. MBM melihat model perniagaan yang ditawarkan adalah sangat bagus terutama dalam menjana kewangan melalui […]
MBM hadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2022

SUBANG 17 Julai – Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 telah berlangsung dengan gemilang di Hotel Grand Dorset Subang dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyempurnakan majlis berprestij ini. Seri Paduka Baginda turut mengurniakan Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022 kepada atlet badminton serta Anugerah Olahragawati Kebangsaan […]