MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan MBFM kali ke-12 (MAT12)

KUALA LUMPUR 30 Julai – Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MBFM kali ke-12 (MAT12) bertempat di Dewan Ballroom, Menara FELDA, Jalan Ampang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke majlis ini. Hadir […]

Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

LABUAN 30 Julai – Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan berlangsung meriah di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan. Sambutan ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad. Sambutan HBN turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2023 selain pelbagai acara menarik. Hadir […]

Perbincangan bangunkan semula Junior MBM

ATAS TALIAN 27 Julai – Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi perbincangan secara atas talian bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun berhubung cadangan membangunkan semula program ‘Junior MBM’. Junior MBM diwujudkan pada tahun 2019 merupakan platform khas untuk belia berumur 15 hingga 21 tahun khususnya yang berada di alam persekolahan dengan misi […]

Belia Lestari “Belia Pemangkin Malaysia Madani”

TANJONG MALIM 25 Julai – “Seorang pemimpin lestari harus teguh berprinsip dan amanah, berpandangan jauh dalam memperkasa dan membangunkan generasi dan watan. Cekal serta berwatak seimbang dan stabil”. Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin berucap di hadapan pelajar-pelajar dalam Program Belia Lestari “Belia Pemangkin Malaysia Madani” di Universiti Pendidikan Sultan […]

Translate »