MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM-ReSkills bincang kerjasama dalam bidang kemahiran belia

PETALING JAYA 1 Nov – Satu pertemuan bersama pengurusan ReSkills Hub telah berlangsung di pejabat ReSkills Hub, Petaling Jaya di sini. Pertemuan yang disertai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid ini membincangkan berkenaan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak. ReSkills merupakan satu One-Stop-Platform yang menyediakan khidmat latihan kepada semua kelompok […]

Taklimat Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) bersama Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR 1 Nov – Telah berlangsung sesi taklimat dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) bertempat di Majlis Sukan Negara. Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili MBM membincangkan Pelan Strategik Pembangunan Belia 2050 dan beberapa perkara yang berkaitan […]

Belia Malaysia berdiri teguh bersama perjuangan rakyat Palestin

Oleh : Mohd Fauzi Hj. Fadzil Exco Majlis Belia Malaysia / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan kekesalan terhadap kegagalan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak menyelesaikan konflik di Semenanjung Gaza. Laporan terkini menyatakan bahawa tidak kurang 7,000 rakyat Palestin telah terkorban, jumlah tersebut akan terus meningkat akibat kegagalan […]

Ketengah nilai kemanusiaan sejagat, Minggu Solidariti Palestin perlu disokong – MBM

PETALING JAYA: Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah yang dianjurkan bermula Ahad lalu hingga 3 November ini tidak bermaksud mengheret pelajar ke arah konflik keganasan. Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Fauzi Fadzil berkata, program tersebut bertujuan menyokong solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang mengetengahkan isu serta nilai kemanusiaan sejagat. Katanya, perbuatan segelintir pihak […]

Translate »