MAJLIS BELIA MALAYSIA

Insiden Keganasan di Sekolah: Tanggungjawab Bersama Membina Ekosistem yang lebih Prihatin terhadap Remaja

Oleh : Hasnul Haniff Harun Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Pengerusi Biro Pendidikan MBM Insiden membabitkan seorang pelajar yang menikam rakannya di sebuah sekolah di Banting baru-baru ini telah mengundang kebimbangan pelbagai pihak. Peristiwa tersebut bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah membuka ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai kesejahteraan emosi dan perkembangan remaja di negara […]

PRN Johor: Belia Mengundi Dengan Tanggungjawab, Memilih Dengan Pertimbangan

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hujung minggu ini bukan sekadar medan memilih wakil rakyat. Ia adalah medan menentukan arah kepimpinan, dasar dan masa depan negeri. Dalam proses itu, belia Johor tidak boleh lagi dilihat sebagai kelompok pinggiran atau sekadar penerima kesan daripada keputusan politik. Belia adalah sebahagian daripada kuasa penentu. Majlis Belia Malaysia berpandangan bahawa […]

Dari Suara Pelajar ke Resolusi Negara: MBM Jayakan Kongres Prauniversiti Zon Selatan 2026

JOHOR BAHRU, 9 Julai 2026 – Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Program Kongres Prauniversiti Zon Selatan 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 9 Julai 2026 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Program ini menjadi platform strategik bagi menghimpunkan suara, pandangan dan aspirasi pelajar prauniversiti khususnya pelajar Tingkatan Enam dalam membincangkan isu […]

MBM Bawa Suara Belia Dalam Pelan Hala Tuju SDG Malaysia 2026–2030

PUTRAJAYA 7 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Bengkel Penetapan Keutamaan Sustainable Development Goals (SDG) bagi penyediaan Pelan Hala Tuju SDG Fasa 3 Malaysia (2026–2030) yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi menerusi Pusat SDG Negara dengan kerjasama UNDP Malaysia di Marriott Putrajaya. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pemegang taruh untuk mengesahkan keutamaan strategik SDG negara, […]

Translate »