Misi Bantuan Mangsa Banjir ‘Jalinan Kasih Prihatin’ sempena Hari Sukarelawan Sedunia

KELANTAN 5 Dis – Sempena Hari Sukarelawan Sedunia, Majlis Belia Malaysia bersama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Malaysia (KRAM) turun kelapangan bagi mengagihkan bantuan awal berupa kotak makanan asas kepada mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini. Misi bantuan atas nama ‘Jalinan Kasih Prihatin’ ini digerakkan dengan bantuan lima jentera pacuan empat roda (4X4) serta […]
Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-53 MKBBT

KUALA LUMPUR 3 Dis – Syabas dan tahniah buat Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) yang selesai menganjurkan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-53 di Hotel Koptown EDC Jalan Raja Laut. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan V.Sivakumar, Menteri Sumber Manusia. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut […]
MPBN Peringkat Negeri Pulau Pinang Sidang I Penggal Ke-34

GEORGE TOWN 2 Dis – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang Sidang I, Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 bertempat di Hotel By Marriot di sini. Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Tuan Gooi Zi Sen, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan […]
MoU KoKasih dan MyOKU – Pemangkin kerjasama membangun potensi Bukit Tasik Serendah sebagai kawasan agro-pelancongan

PETALING JAYA 1 Dis – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-Kasih) bersama Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Pejabat YBK Kelana Jaya bagi membangunkan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di Bukit Tasik Serendah, Hulu Selangor. Melalui MoU ini, MyOKU bersama Ko-Kasih akan mengusahakan […]