Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil. 1/2024

KUALA LUMPUR 20 Mac – Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil. 1/2024 bertempat di Bangunan Parlimen di sini. Antara perkara dibincangkan ialah berkaitan pemerkasaan ekosistem pembangunan belia melalui pelbagai strategi secara bersama dalam usaha menyelesaikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan belia […]
Dashboard Belia pantau isu belia

PUTRAJAYA: Isu dan cabaran yang dihadapi golongan belia akan ditangani melalui pembangunan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia yang akan dilancarkan pada Hari Belia Negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil 1/2024 bertempat di Bangunan Parlimen, hari ini. Beliau yang juga […]
PM rai tetamu hadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI

PUTRAJAYA 19 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Kompleks Seri Perdana. YAB Perdana Menteri meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam yang menghadiri majlis ini. Majlis […]
Presiden MBM bersahur bersama perwakilan MAT ke-62 MAYC Kebangsaan

KUALA LUMPUR 17 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri majlis sahur bersama para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa. Pada majlis sama, Presiden MBM turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada MAYC Kebangsaan sebagai gabungan […]