Jom ke Program Kasih itu Inspirasi (KISS): Tenda Cinta

Penyertaan adalah PERCUMA Kali ini MBM melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga akan menganjurkan Program Kasih itu Inspirasi (KISS): Tenda Cinta, yang menjadi medium belia setempat untuk mengekspresi diri dan kasih terhadap negara. Terdapat sesi perkongsian mengenai takrifan meluas kasih dan cinta generasi muda terhadap negara yang dikupas dalam sudut pandang rakyat Malaysia […]
MBM khuatir LPF dihapuskan

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melahirkan kekhuatiran terhadap langkah kerajaan membenarkan penggiat filem menapis sendiri filem mereka dan bukan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) mulai tahun depan akan membawa mudarat kepada golongan belia. Presiden MBM, berkata, ini kerana penggiat filem dilihat cenderung menggunakan elemen tarikan negatif bagi melariskan filem mereka dan […]
Bersih 3 berniat kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) buat kali ketiga tidak relevan kepada kepentingan rakyat dan hanya akan menimbulkan keadaan huru-hara kepada negara. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak melayan kerenah Pengerusi perhimpunan, Datuk S. […]
Kritikan terhadap kerajaan bukti Kit Siang terdesak

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru orang ramai agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), memperlihatkan kerisauan beliau terhadap transformasi yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sambil menyifatkannya sebagai tindakan yang terdesak, dua pertubuhan […]