Takziah – Puan Jennitta Shanti telah meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Jennitta Shanti Rajoo, Ketua Pentadbir Majlis Belia Malaysia (MBM) telah meninggal dunia pada 25 September 2014 jam 12.30 pagi di Hospital Pantai, Bangsar akibat komplikasi jantung. Pemergian Puan Jennitta merupakan satu kehilangan besar kepada MBM dan mendiang dijangka akan dikebumikan pada 26 September 2014 (Jumaat) antara jam 10.00 pagi – 12.00 […]
Jemputan ke Majlis Pelancaran dan Seminar Pendekatan Wasatiyyah : Pemacu Peradaban Negara 2014

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah: Pemacu Peradaban Negara 2014 pada 30 September 2014, bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seminar ini dijadualkan bermula […]
KJ nafi program KBS hanya sasar belia elit

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan ada program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya menyasarkan belia golongan elit dan meminggirkan belia golongan bawahan seperti tanggapan segelintir pihak. Beliau sebaliknya berkata program seperti ‘Fit Malaysia’ misalnya mengetengahkan aktiviti yang boleh disertai oleh semua peringkat golongan termasuk belia di luar bandar. “Itu tanggapan […]
Nilai tambah untuk belia

Selain 12 pusat tauliah yang menawarkan pelbagai kursus pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) juga mengadakan kerjasama dengan pihak lain bagi memberi nilai tambah kepada belia lepasan institusi latihan tahap sijil dan diploma. Sebagai contoh, Unit Perancang Ekonomi (EPU) memperkenalkan Skim Kemahiran dan Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) bagi tujuan pemadanan pekerjaan di industri selama dua […]