MAJLIS BELIA MALAYSIA

Anjuran Majlis Iftar, LGBT Guna Agama Cuba Pesongkan Pemikiran:- Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin

Kenyataan Media : Anjuran Majlis Iftar, LGBT Guna Agama Cuba Pesongkan Pemikiran:- Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin

 

Kenyataan Media

15 Jun 2017

Tindakan penganjuran majlis iftar (berbuka puasa) terbesar gay yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) disifatkan sebagai cubaan memesongkan pemikiran masyarakat terutamanya umat Islam.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin mengecam tindakan tersembunyi yang dilakukan itu dengan terang melanggar kesucian Islam dan norma masyarakat Malaysia.

“MBM mengutuk penganjuran majlis iftar atas tujuan tersebut yang jelas cuba memesongkan pemikiran majoriti masyarakat negara ini khususnya umat Islam dengan menggunakan platform agama.

“Matlamat iftar tidak boleh menghalalkan cara mempromosikan aktiviti songsang itu apatah lagi ia jelas hanya mengambil agama pada bahagian (juziyah) yang disukai sahaja,” katanya.

Dalam hal ini gerakan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) cuba mempromosikan kefahaman mereka meskipun dengan cara mempersendakan agama. Justeru tindakan sedemikian seharusnya dibendung dan ditentang sama sekali.
“Saya minta semua pihak membuka mata hati, pantau cubaan songsang ini dan bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih serius nanti.

“MBM cukup takut anasir-anasir LGBT ini jika dibiarkan terus berleluasa akan menyebabkan golongan belia negara terjerumus kepada kehidupan tidak moral itu,” ujar Mua’mar Ghadafi kepada pemberita, pada Rabu.

Oleh yang demikian, belia dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan agenda tersembunyi yang cuba dimasukkan dalam sesuatu program yang menyokong perjuangan golongan LGBT.

Kata Mua’mar Ghadafi lagi, kebiasaannya gerakan mereka itu berkait dengan isu kebebasan, perjuangan hak sama rata dan kini menggunakan agama untuk ‘menghalalkan’ amalan songsang.

 

Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin

Presiden Majlis Belia Malaysia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »