Sumbangan rakyat Malaysia berupa pakaian dalam dan tuala wanita bagi ringankan beban mangsa banjir
SEREMBAN 22 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menyerahkan amanah sumbangan rakyat Malaysia berupa pakaian, pakaian dalam dan tuala wanita bagi meringankan beban mangsa banjir di Negeri Sembilan. Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS) bersama MAYC Kebangsaan turut membantu menyediakan 200 kit #ProjectUnderwear tersebut sebelum diagihkan kepada mangsa banjir. Sumbangan diserahkan […]
Ramah Mesra dan dialog Presiden MBM bersama pimpinan MFLS
DALAM TALIAN 22 Dis – Telah selesai ramah mesra dan dialog antara Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Aidil dan 16 pimpinan utama Angkatan Belia MFLS seluruh Malaysia. Rata-rata mereka masih muda dan masih belajar di menara gading. Mereka lahir hasil program Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan (MFLS) sehingga le tahap 3 (tier 3) di […]
Log Hari 4 #ProjectUnderwear
22 DISEMBER 2021 Bermula jam 2.30 petang, kami menyediakan kit #ProjectUnderwear bersama bantuan 18 orang sukarelawan sebaik sahaja barangan keperluan tiba di Wisma MBM. Sebanyak 1300 kit wanita berjaya disiapkan hari ini. Sebanyak 200 kit wanita dan 100 kit lelaki telah di agihkan kepada P.I.C di Bentong, 100 kit wanita dan 50 kit lelaki telah […]
Sukarelawan Pandu Puteri bantu sediakan kit #ProjectUnderwear
KUALA LUMPUR 22 Dis – Seramai 30 orang sukarelawan dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membantu menyediakan 400 kit #ProjectUnderwear bertempat di Wisma Pandu Puteri Jalan Brickfields. Dengan kerjasama badan-badan gabungan MBM, proses penyediaan dan penghantaran seterusnya agihan dapat dijalankan dengan pantas dan teratur.