MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi ramah mesra Presiden MBM bersama MBD Batu Pahat

BATU PAHAT 14 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha beramah mesra bersama pimpinan baharu Majlis Belia Daerah (MBD) Batu Pahat sambil bertanyakan perkembangan terkini gerak kerja. MBD Batu Pahat dipimpin oleh Sdr. Mesafizam dan aktif menyantuni belia akar umbi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia kali ke-7 sesi 2018-2020

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan Mesyuarat Exco kali ke-7 Sesi 2018-2020 di sini dengan kehadiran barisan Exco MBM. Jufitri berkata, “mesyuarat kali ini memberi fokus kepada sambutan Hari Belia Negara 2020 melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri selain agenda penting yang lain”. Hadir sama Ex-Officio Kementerian […]

MoU Program Belia Berniaga ‘Extrajoss’

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Thirty Elements Sdn Bhd serta Kalbe Malaysia Sdn Bhd dalam “Program Belia Berniaga Extrajoss”. Majlis ini disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan, Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan YB. Mohd […]

Sidang Dewan Tertinggi MBM fokus ekonomi belia dan pelapis kepimpinan

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), YB Mohd Syahbuddin Hashim telah mempengerusikan Sidang Dewan Tertinggi MBM kali ke-114 di Hotel Amari di sini. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Dewan Tertinggi MBM dari 40 buah badan gabungannya yang merupakan majlis perundingan tertinggi MBM dan berfungsi sebagai pembuat dasar […]

Translate »