MAJLIS BELIA MALAYSIA

Semangat! Perpaduan Terpancar dalam Program Belia MADANI di Padang Serai

PADANG SERAI 19 JUN 2026 – Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong di sekitar Masjid Al Mubarakh, Kg. Pantai Prai, Padang Serai, Kedah, diikuti dengan persiapan dan memasak bubur lambuk secara bersama sebagai simbol kebersamaan komuniti.

Pada sebelah petang, sesi pertemuan bersama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid,Presiden Majlis Belia Malaysia serta barisan kepimpinan MBN Kedah telah berlangsung, diikuti dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung yang mengeratkan hubungan antara peserta dan komuniti setempat.

Menjelang malam, suasana semakin meriah dengan persembahan Marhaban oleh penduduk kampung yang menjadi aktiviti ikonik program ini. Program diakhiri dengan jamuan makan malam yang menyajikan sup kepala lembu dan barbeku, mengeratkan lagi ukhuwah antara peserta dan masyarakat.

Program ini jelas memperlihatkan semangat kesukarelawanan, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan belia dan komuniti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »