MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Bina Jaringan Strategik Bersama Pemimpin Belia dan Pemain Industri Negara Membangun

BEIJING 9 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila menyertai Seminar Pekerjaan dan Pembangunan Belia bagi Negara-Negara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berlangsung dari 25 Mei hingga 9 Jun 2026 di China.

MBM diwakili oleh Exco MBM, Eow Shiang Yen dalam program anjuran Pusat Kerjasama Ekonomi Antarabangsa Wilayah Fujian (IECC) dengan sokongan Kementerian Perdagangan China. Seminar ini menghimpunkan pemimpin belia, pemain industri dan wakil pelbagai negara membangun bagi berkongsi pengalaman serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan belia, pekerjaan dan inovasi.

Penyertaan MBM membuka ruang untuk meneliti pendekatan China dalam memperkasakan golongan muda melalui dasar pembangunan yang diterjemahkan secara berkesan kepada peluang pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan bakat di peringkat akar umbi.

Antara dapatan utama sepanjang seminar ialah :

▪️ Konsistensi Pelaksanaan Dasar – Kejayaan China menterjemahkan visi pembangunan jangka panjang kepada peluang ekonomi dan pekerjaan baharu untuk belia.

▪️ Ekosistem Inovasi Kolaboratif – Kerjasama erat antara kerajaan, universiti, institusi penyelidikan dan sektor swasta dalam memacu inovasi sehingga ke peringkat pengkomersialan.

▪️ Kerjasama Global untuk Belia – Platform BRI dan BRICS berperanan sebagai medium pembangunan bakat, pemindahan teknologi dan pengukuhan hubungan antara negara.

Penyertaan ini bukan sahaja memperluaskan perspektif MBM terhadap pembangunan belia global, malah membuka peluang kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan belia Malaysia pada masa hadapan..

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »