Gua Musang, 19 Jun 2026 – Program Bakti Belia Madani Rakan Prihatin Edisi Kelantan berlangsung dengan penuh semangat apabila Liga Penalti berjaya menghimpunkan 70 pasukan dari seluruh daerah. Suasana pertandingan jelas mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan komuniti belia.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) bersama pertubuhan gabungannya dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas. Turut hadir barisan kepimpinan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Majlis Belia Malaysia.



















