KUALA LUMPUR 13 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan ke Program Watch Party Perlawanan Piala Dunia 2026 antara Amerika Syarikat dan Paraguay yang berlangsung di Publika Sri Hartamas.
Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kedutaan Mexico dan Kedutaan Canada, sekali gus menampilkan semangat diplomasi serta persahabatan antarabangsa melalui sukan bola sepak.
Penganjuran program seumpama ini turut memperkukuh hubungan antara masyarakat tempatan dan komuniti antarabangsa dalam suasana yang harmoni dan positif.
Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan MBM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, menghubungkan belia dengan masyarakat global serta menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.








