MAJLIS BELIA MALAYSIA

Anak muda Perak berkumpul, jiwo rakyat tetap teguh weh!

IPOH 13 Jun – Program Belia Bakti Madani Peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan penuh semangat di Kg. Tengku Hussein, Ipoh pada 13 Jun 2026. Program selama 3 hari 2 malam ini menghimpunkan belia daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan komuniti setempat, menjadikan ia wadah kebersamaan yang bermakna.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial dan kesukarelawan belia, melahirkan generasi berjiwa rakyat yang menjadi penggerak perubahan serta terus menyumbang kepada perpaduan masyarakat.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk perkongsian bersama Setiausaha Agung MBM dan Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Malam Kebudayaan, serta aktiviti BBQ santai yang mengeratkan hubungan antara peserta.

Turut hadir memeriahkan program ialah Sdr Farhan Rosli (Setiausaha Agung MBM), Sdr Naim Al Amir (Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak), Sdri Eng Chor Eng (Naib Presiden Wanita MBM), dan Sdr Syahmi Shamsudin (Penolong Setiausaha MBM). Kehadiran mereka menambah seri dan semangat kepada seluruh warga belia yang terlibat.

Program ini sekali lagi membuktikan bahawa belia adalah nadi penggerak masyarakat, sentiasa bersedia menyumbang tenaga dan idea demi kesejahteraan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »