MAJLIS BELIA MALAYSIA

Youth4Climate: Powering Action

New York | 20 September – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dan aktivis alam sekitar merangkap Pengarah Projek Ocean Hope, Sdr. Mogesh Sababathy telah menghadiri program Youth4Climate: Powering Action yang dianjurkan oleh Perwakilan Tetap Itali ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dengan kerjasama UNDP.

Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Itali, Mario Daghi.

Youth4Climate ialah persidangan yang mengumpulkan aktivis alam sekitar dari seluruh dunia bagi membincangkan peranan yang dimainkan oleh belia dalam mengatasi krisis iklim.

Melalui program ini juga, peserta telah mengeluarkan Youth4Climate Manifesto, iaitu tuntutan belia seluruh dunia berkenaan menangani isu krisis iklim dunia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »