Kuala Lumpur 7 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Youth Idea : Sesi Konsultasi & Diskusi Derma Politik yang menampilkan ahli panel Dr. Anis Yusal Yusoff Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang moderatornya adalah Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM. Diskusi ini bermula pada pukul 9.00 malam yang dihadiri seramai 15 orang antaranya adalah Presiden MBM, SUA MBM, Exco-Exco MBM, Badan-Badan Gabungan MBM, Wakil IIM, Wakil Ahli-Ahli Politik dan Wakil Mahasiswa.
Antara isu utama yang dibincangkan dalam diskusi ini adalah tentang isu pembiayaan politik di Malaysia.