MAJLIS BELIA MALAYSIA

YSS tawar kerjasama jayakan kaderisasi belia bawah 30 tahun

KUALA LUMPUR 6 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan delegasi dari Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diketuai Pengarah Eksekutifnya, Dr. Wan Ahmad Hazman.

Kehadiran mereka disambut oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid di Wisma MBM.

Perbincangan dua hala ini menghasilkan beberapa eksplorasi penting dalam kerjasama antara belia Malaysia seperti bagaimana untuk menyediakan platform kepada para Alumni YSS berbakti semula kepada komuniti dalam aspek penglibatan persatuan belia selari dengan pelan transisi MBM yang ingin mengkaderisasi belia bawah umur 30 tahun sebagai pemimpin belia.

Beberapa program telah dirancang untuk mengukuhkan kerjasama awal ini dan semestinya MBM komited untuk meluaskan kerjasama ini dalam pelbagai aspek lagi.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »