MAJLIS BELIA MALAYSIA

UNESCAP Bangkok kagum dengan sumbangan belia

Kuala Lumpur, 20 Mac 2011 – Sumbangan belia Malaysia dalam pembangunan negara amat besar dari segi pembentukan masyarakat yang mendukung Perlembagaan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa belia Malaysia antara yang terbaik berbanding dari negara-negara lain di dunia ini. Kagum dengan peranan yang dimainkan oleh belia Malaysia, Encik Marco Roncaradi , Pegawai Kanan Bahagian Sosial, Youth Focal Point UNESCAP, Bangkok telah mengunjungi Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk bertemu dengan Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bagi memperolehi maklumat mengenai bagaimana  MBM menggerakkan seluruh belia di Malaysia seiring dengan pembangunan negara tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan. Pertemuan ini yang berlangsung lebih dari sejam turut membincangkan perkembangan belia di negara-negara lain dan turut dihadiri oleh Sdr. Salleh Majid, Pegawai Antarabangsa dari Pusat Belia Antarabangsa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »