MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tiga MoU dimeterai, kerjasama aliran komoditi bekalan makanan

SEMENYIH: Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai hari ini membabitkan Public Wellbeing Solutions Sdn Bhd (PWS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Gabungan Pengerus-Pengerusi Penduduk Perumahan Awam dan panel konsortium bagi menggalakkan kerjasama aliran komoditi bekalan makanan industri asas tani di Malaysia melalui pasaran Jalur3.

Ketua Pegawai Operasi (COO), Azrin Sabirin berkata, melalui Jalur3, syarikat pengeluar, pengusaha dan pembekal akan membentuk rantaian bekalan bersepadu secara menyeluruh.

“Kita lihat komuniti hasil laut, tani, ayam dan sebagainya, kebanyakan peniaga-peniaga ini bergerak secara bersendirian.

“Jadi apa yang kita buat menerusi MOU ini, kita mengkoordinasi semua di bawah satu jenama Jalur3 dan pemasaran akan dilakukan oleh belia-belia yang kita telah latih,” katanya selepas majilis menandatangani MOU di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, sebagai permulaan, inisiatif itu akan diperkenalkan pada pertengahan Januari tahun depan di Lembah Klang termasuk kesemua 64 Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Sementara itu, Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, usaha ini memberi ruang kepada semua belia untuk menceburi industri ini sekali gus membuka peluang untuk menambahkan pendapatan.

Rantaian bekalan yang efektif itu bakal menyalurkan komiditi makanan yang berkualiti pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran.

Artikel penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-mou-dimeterai-kerjasama-aliran-komoditi-bekalan-makanan-274420?fbclid=IwAR30WlJFd_PhhejAbEL-bfgEx_bzij7aeQoXMVYAogH5G4rQH0cRaB0aJT8#.X-PGB473kTg.facebook

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »