Google Meet|1 Januari 2021 – Saudari Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi JK Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) merangkap Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) berkongsi aliran (flow) dan perlaksanaan perjalanan projek ini yang bakal memberi peluang pendapatan tambahan (pendapatan pasif) disamping mendidik belia menceburi bidang penternakan dan terlibat secara langsung dalam pengeluaran sumber makanan penting negara.
Peserta yang terlibat termasuk kepimpinan MBM dan belia yang ingin terlibat dalam bidang penternakan ayam sebagai cabang perniagaan baru.Sebahagian lagi usaha MBM memperkasa ekonomi belia.