Kuala Lumpur, 29 November 2011 – Penduduk sekitar Bandar Tun Razak, Cheras kini boleh menikmati kemudahan internet secara percuma dengan pembukaan secara rasmi Pusat Siber Rakan Muda Cheras (PSRM) yang terletak di Tingkat 2, Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur setelah selesainya majlis penyerahan oleh wakil dari TM kepada wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia seterusnya kepada YBhg. Dr. Mohd Ghani bin Mohd Yusof. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan sebagai pengendali PSRM pada jam 3 petang.
Majlis tandatangan penyerahan ini disaksikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz b Hushin Amri, Ketua Penerangan MBM selaku pemilik bangunan. Dengan beroperasinya PSRM ini dari jam 11 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali hari Isnin, kita boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi secara percuma dan PSRM ini dilengkapi dengan 10 buah komputer yang terkini. Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat cetakan dengan kos yang minima.