MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Dialog dan Bengkel Pembudayaan Integriti dari Perspektif Pelbagai Agama

Kuala Lumpur 21 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Perpaduan dan Integrasi Nasional bersama Institut Integriti Malaysia telah menganjurkan Program Dialog dan Bengkel Pembudayaan Integriti dari Perspektif Pelbagai Agama pada 19 Disember 2015 bertempat di Dewan Murni Institut Integriti Malaysia Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 100 orang.

Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan nilai-nilai integriti dalam kehidupan seharian selaras dengan ajaran agama, meningkatkan persefahaman, kerjasama dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama serta mengumpul cadangan untuk memantapkan pelan tindakan pemupukan integriti berlandaskan nilai-nilai agama dalam kalangan penganut pelbagai agama di Malaysia.

Antara tetamu vip yang hadir ialah Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin Presiden MBM dan Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin Timbalan Presiden INTEGRITI. Majlis ini bermula dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM dan Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden INTEGRITI.

Seterusnya adalah sesi dialog yang dipengerusikan oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM selaku moderator dan antara ahli panelnya adalah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mewakili panel Agama Islam, Dr. Teoh Hee Chong Tutor Wawasan Open Universiti mewakili Agama Buddha, Dr. M. Bala Tharmalingam Setiausaha Agung Malaysia Hindu Academy mewakili Agama Hindu, Encik Michael William Pengarah Eksekutif Belia Methodist Malaysia mewakili Agama Kristian, Dr. Charanjit Kaur Assistant Proffesor Fakulti Industri Kreatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mewakili Agama Sikh dan Encik Ooi Tze Tzu President of Tao Youth mewakili Agama Tao. Sesi ini berakhir dengan sesi soal jawab dan sesi pembentangan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Pendidikan, Advokasi, Penerbitan dan Penyelidikan.

MBM_7294 MBM_7278 MBM_7299 MBM_7301 MBM_7303 MBM_7309 MBM_7315 MBM_7317 MBM_7323 MBM_7338 MBM_7361 MBM_7362 MBM_7363 MBM_7364 MBM_7365 MBM_7371 MBM_7376 MBM_7380 MBM_7381 MBM_7386 MBM_7390 MBM_7399 MBM_7416 MBM_7423 MBM_7429 MBM_7435 MBM_7441 MBM_7442 MBM_7443 MBM_7444 MBM_7446 MBM_7448 MBM_7450 MBM_7456 MBM_7467 MBM_7474 MBM_7503 MBM_7505 MBM_7355

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »