KUALA LUMPUR 6 Nov – Telah berlangsung Pra-Bengkel Pembugaran Model Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Belia Antarabangsa di sini.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir sebagai salah seorang ahli panel bagi membincangkan dan mendapatkan idea baharu untuk penambahbaikan terhadap model program nasional MFLS Tier 3 ini.
MFLS yang dilaksanakan sejak 2020 telah melahirkan ramai generasi muda yang berketrampilan dan mempunyai jati diri.
MFLS Tier 3 merupakan fasa terakhir program MFLS bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan global. Seramai 150 orang peserta terbaik dipilih menyertai program MFLS Tier 3 pada setiap tahun.