MAJLIS BELIA MALAYSIA

Peserta IMYEP kunjung MBM

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2016 –  Seramai 20 orang belia Indonesia  dari Program Pertukaran Belia Malaysia – Indonesia 2016 (IMYEP) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi melihat sendiri bagaimana MBM menggerakkan badan gabungannya  untuk terus kekal relavan kepada seluruh belia di Malaysia.  Mereka merupakan peserta yang kini berada di Malaysia selama seminggu bermula dari 31 Julai sehingga 7 Ogos 2016 yang terdiri daripada belia Indonesia dari pelbagai bidang kerjaya, mereka merangkumi pelajar universiti, peguam, doktor dan lain-lain lagi.

Sdr. Rizmel Nazrin Dato’ Abdul Malik dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid berkesempatan bertemu dan memberi penerangan tentang peranan MBM selaku organisasi belia yang utama di Malaysia.
 
Antara perkara yang sempat dibincangkan adalah mengenai penglibatan belia-belia di Malaysia sebagai sukarelawan di dalam negara serta di luar negara dan peluang-peluang bagi belia Indonesia untuk terlibat dengan program-program belia di Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »