MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN MBM DENGAN AHLI AKADEMIK BERKAITAN KAJIAN UNDI 18

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) bertemu dengan ahli akademik yang berminat untuk kerjasama kajian berkenaan Undi 18. Antara intipati utama perbincangan adalah kepentingan pendidikan demokrasi kepada warga belia dan bagaimana untuk mengumpulkan data yang empirikal dalam menyokong polisi.

MBM turut berkongsi tentang program Sekolah Politik yang telah dianjjurkan dan akan diteruskan. Hadir dalam perbincangan ini Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin dan Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Mohd Fauzi.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Azmir daripada USIM dan rakan-rakan penyelidik.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »