MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertandingan Kayuhan Formasi

Shah Alam, 18 Mac 2012 – Aktiviti berbasikal semakin medapat tempat di hati masyarakat pada masa kini. Semakin ramai yang berbasikal semakin banyak persoalan tentang etika berbasikal yang betul dan selamat dalam minda masyarakat. Kayuhan Formasi telah diilhamkan susulan daripada Program Jelajah  Berbasikal 1Malaysia 2010 dan Kayuhan Cinta Negara 2011 di mana Associated Cyclosportif Trekkers(ACT) mendapati bahawa pentingnya diterapkan di dalam jiwa setiap peminat berbasikal ini tentang nilai- nilai seperti semangat setiakawan, berdisiplin dan mewujudkan rasa kebersamaan. Ini mampu memupuk jati diri yang tinggi.

Pertandingan Kayuhan Formasi anjuran ACT dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan PDRM  yang pertama kali diadakan  mulai tahun ini  telah diadakan bertempat di Mini Stadium JKR Jalan Sepat, Shah Alam akan diteruskan lagi pada tahun- tahun yang akan datang. Beberapa pergerakan asas yang wajib dijalankan telah dikenal pasti dan peserta wajib melakukan di dalam masa yang telah ditetapkan. Antara pergerakkan formasi yang wajib peserta lakukan pada pertandingan kali ini ialah:
1. Gerakan Senaman Asas ACT: 8 minit
2. Gerakan Kayuhan Formasi:13 minit
3. Formasi 7 Pertukaran Asas (Baris 2,3,4,3,2,1,2)
Pada pertandingan kali ini 8 kelab berbasikal telah menyertai iaitu Cenderawasih,Red Line Warrior, Giant Red Rider, Next Generation, Ultra Cosmos, Triggers, Fighters dan Warrior. Pemenang kali ini dimenangi oleh pasukan Warrior yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak Rm 500.00 dan perasmian program telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »