MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkongsian pandangan pemerkasaan belia di Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Jun – Kepimpinan belia Malaysia telah diundang sebagai panelis sesi forum ‘Youth Empowerment’ sempena The Royal Commonwealth Society RCS Asia – Pacific Regional Conference 2024 yang berlangsung di Royal Commonwealth Society of Malaysia, Damansara Heights.

Pimpinan tersebut ialah Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Azeez dan Sdr. Peshminder Singh, Exco SDG dan Antarabangsa Majlis Belia India Malaysia (MIYC) sebagai moderator.

Turut hadir Penerima Anugerah Duke of Edinburgh Gold, Sdr. Beh Zeng Kang.

Barisan panelis yang hadir berkongsi pandangan tentang pemerkasaan belia di Malaysia selain menekankan kepentingan pendidikan dan empati dalam mengubah perspektif, serta nilai penglibatan sivik untuk menggalakkan kesukarelawanan.

Persidangan selama dua hari bertemakan “One Resilient Common Future: Transforming Our Common Wealth” merupakan tema CHOGM 2024 tahun ini yang disambut di Samoa.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia.

Perwakilan yang hadir terdiri dari Hong Kong, India, Australia dan Singapura berkumpul untuk membincangkan keutamaan Komanwel di rantau ini menjelang CHOGM2024.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »