MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkhemahan Muhibbbah Belia

Nibong Tebal | 27 – 28 Jun – Telah berlangsungnya Perkhemahan Muhibbbah Belia di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal Pulau Pinang.

Seramai 110 orang pelajar dari 11 buah sekolah menengah telah menyertai program tersebut dengan dibantu oleh 20 orang mahasiswa USM sebagai fasilitator dan urusetia.

Penganjuran program ini merupakan Inisiatif MBM dalam meningkatkan semangat perpaduan serta menyedarkan golongan belia tentang kepentingan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya dan agama.

Majlis perasmian penutup telah disempurkan oleh YBhg. Puan Atiqah Syairah, Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan.

Turut serta, Tuan Haji Abdul Said bin Hussain; Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Tuan Haji Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad ; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah.

Hadir sama sepanjang program berlangsung, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan ; Penolong Ketua Penerangan, Sdr. Eow Shiang Yeng; Exco merangkap Timbalan Jawatankuasa Perpaduan dan Kepenggunaan MBM serta Sdr. Hafiz Ali ; Presiden Majlis Belia Pulau Pinang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »