MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penubuhan kluster NRES ambilkira peranan belia dalam perubahan iklim

PUTRAJAYA 7 Jun – Sdr. Khairul Azman Azeez, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menerima watikah pelantikan Ahli Kluster Belia Perubahan Iklim bertempat di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Majlis penyampaian watikah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat pertama bagi penubuhan Kluster Belia Perubahan Iklim.

Sembilan organisasi belia dan tiga individu telah menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kluster Belia Perubahan Iklim.

MBM berbesar hati menerima amanah ini dan sedia bersama kementerian membicarakan isu perubahan iklim dalam usaha melindungi dan memulihara alam sekitar.

Hadir sama Exco MBM, Sdri. Asya Rahman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »