MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2023

Kuala Lumpur | 17 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2023 bertempat di Bangunan Parlimen.

Persidangan hari kedua telah dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Penggulungan persidangan telah disampaikan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Seramai 99 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia yang mewakili negeri dan wilayah persekutuan telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Hadir menyaksikan persidangan dan penyerahan watikan pelantikan tersebut Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Turut hadir Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM, Mohd Ismail Mahyuddin; Exco MBM dan Dr. Syafiqah Abdul Rahim; Penyelidik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »