MAJLIS BELIA MALAYSIA

NAM Youth Climate Action Forum platform pemimpin muda dunia bincang perubahan iklim sejagat

Setelah bersidang selama 4 hari, NAM Youth Climate Action Forum melabuhkan tirainya.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ms. Nigar Baghirli, Ketua Sekretariat NAM Youth Organization.

Beliau dalam ucapannya menekankan kepentingan penyertaan belia dalam dialog iklim dan memaklumkan resolusi NYCAF akan dibentangkan kepada Pasukan Presidensi COP29.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid yang mewakili Malaysia ke program ini merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur kerana mengangkat tema perubahan iklim sejagat.

“Sepanjang sesi forum, pemimpin muda menganalisis kesan pelbagai bentuk perubahan iklim terhadap komuniti mereka dan mencadangkan langkah praktikal untuk mengurangkan kesan ini”, ujar beliau.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan sesi bergambar kenangan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »