MAJLIS BELIA MALAYSIA

NAM Youth Climate Action Forum komitmen dan desakan belia terkait krisis iklim

BAKU, Azerbaijan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ketika ini berada di Azerbaijan bagi menghadiri NAM Youth Climate Action Forum (NYCAF) yang berlangsung dari 19 hingga 25 Jun 2024.

Malaysia antara 16 buah negara lain daripada keseluruhan 121 buah negara anggota NAM (Non-Aligned Movement) telah diberikan penghormatan dan kepercayaan oleh NAMYO untuk hadir ke NYCAF 2024.

Pada akhir forum nanti, satu dokumen akan dipersiapkan untuk dibawa ke Persidangan COP29 yang akan berlangsung pada akhir tahun ini di Baku.

Dokumen ini mewakili suara belia dari 121 buah negara khususnya komitmen dan desakan belia terkait krisis iklim serta fokus terhadap isu sekitar krisis iklim khususnya mitigasi dan adaptasi berkaitan iklim.

Hadir merasmikan NYCAF 2024 ialah Presiden COP 29, yang juga Menteri Ekologi Azerbaijan, H.E Mukhtar Babayev.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »