MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat penyelarasan gerak kerja sambutan Jubli Intan MBM

KUALA LUMPUR 12 Jun – Sempena ulang tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-76 tahun ini, satu Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerja pengisian sambutan Jubli Intan telah diadakan di Wisma MBM pagi ini.

Mesyuarat dipengerusikan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin ini memfokuskan berkenaan tayangan video dokumentari dan persembahan kreatif yang bakal diadakan.

Hadir sama pihak Orlaith Inc diketuai Puan Suziyana Natasya sebagai rakan strategik yang akan membantu menyelaras perjalanan program ini.

Sambutan ini bertujuan menghargai, memperingati sumbangan dan perjalanan lebih tujuh dekad MBM yang telah mewarnai sebahagian sejarah negara ini.

Nantikan kehadirannya!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »