MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Kelantan kali ke-2 2023/2025

KOTA BHARU 1 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini telah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan bagi menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Kelantan kali ke-2 2023/2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji.

Upacara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ini disempurnakan Encik Marzuki selaku Pegawai Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan sekali gus mewakili Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri.

Sebelum menghadiri mesyuarat ini, Sdr. Syahiran (Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan) sempat membawa Presiden MBM berkunjung ke Pasir Mas untuk mengeteh bersama Juara Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia iaitu Kelab Belia Kg. Baru Pak Hussin.

Banyak yang boleh kita pelajari daripada mereka walaupun hanya bertapak di komuniti kampung kebanyakan ahli-ahli mereka mempunyai pencapaian yang besar sehingga di peringkat antarabangsa. Gerakan belia perlu memberi impak dan manfaat kepada komuniti setempat, itu mantra mereka!

Terima kasih Majlis Gabungan Belia Kelantan atas jemputan dan semoga terus kekal berbakti kepada belia Kelantan! 1

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »