MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sertai Sidang Meja Bulat Mengangkat Tamadun Melayu Mahawangsa

Dalam Talian | 9 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Sidang Meja Bulat Mengangkat Tamadun Melayu Mahawangsa yang dianjurkan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia telah mengikuti sidang meja bulat tersebut melalui sesi 4 : Komunikasi dan Media dan sesi 5 : Bahasa, Persuratan dan Budaya.

Anatara isu yang dibahaskan sekitar bagaimana mengutuhkan peradaban Melayu di tengah cabaran luaran dan dalaman yang menghimpit. Tema seperti memperluaskan capaian daerah penutur bahasa Melayu, pentafsiran ulang sejarah, peribumisasi ilmu disinggung dengan bernas oleh khalayak peserta daripada kalangan ahli akademik ternama.Jati diri belia di Malaysia sentiasa menjadi perhatian MBM.

MBM akan sentiasa memberi sokongan berterusan terhadap usaha-usaha pembinaan watak dan nilai bangsa Malaysia sebegini pada masa depan.

Mungkin imej 8 orang dan teks
Mungkin imej satu orang atau lebih

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »