MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-FINAS jalin kerjasama jayakan Belia Kreatif Madani

PETALING JAYA 2 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS Malaysia), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib di pejabat FINAS, Petaling Jaya.

Pertemuan ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Beberapa perkara dibangkitkan khususnya program perpaduan rakyat, Asean dan juga berkaitan industri belia kreatif.

Pihak Finas juga secara dasarnya bersetuju dengan keterlibatan MBM dalam program-program yang dirancang antaranya;

1. Belia Kreatif Madani (program latihan)

2. ASEAN Summit (pengisian sempena sambutan Kepengerusian ASEAN)

3. Dokumentari Jubli Intan MBM

Turut sama dalam pertemuan ini Encik Mohamad Mahathir, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Khairul Rizam Dato Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »