MAJLIS BELIA MALAYSIA

MAKAN MALAM KRISMAS CPHM & FRIENDS

SELANGOR 12 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Setiausaha JK Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan, telah menghadiri Makan Malam Kristmas yang dianjurkan oleh Christian for Peace and Harmony Malaysia (CPHM) & Friends di Hotel Royale Chulan Damansara.

Makan Malam Kristmas yang bertujuan mengeratkan hubungan antara penganut pelbagai agama ini turut dihadiri oleh perwakilan dari kerajaan, organisasi agama, pertubuhan belia, institusi pendidikan dan NGO. Para hadirin berpeluang menyaksikan tayangan video pendek tentang pembinaan perpaduan melalui sukan dan mendengar ucapan daripada Dato’ Jason Leong dan Sdr. Shah Kirit tentang kepentingan hubungan antara penganut pelbagai agama dan cadangan atas aktiviti silang agama pada masa depan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »