MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Penutup Program Tangrik Kepanaian Hea Pos Iskandar

Pahang | 15 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM), Majlis Belia Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Bera telah menganjurkan Program Tangrik Kepanaian Hea (Serlahkan Bakat Kita) bersama belia dan masyarakat Orang Asli di Pos Iskandar, Bera.

Hadir menyempurnakan program penutup, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.

Turut bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Clive Allen, Presiden MBOAM, Sdr. Azman Shah Bin Musa, Pengerusi MBD Bera dan Tok Batin Pos Iskandar.

Program telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti sepakan penalti, pertandingan mewarna, pertandingan nyanyian dan bengkel asas kecantikan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »