MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Muhibah Belia China Ke MBM

Kuala Lumput, 21 September 2012-  MBM telah berbesar hati menerima kunjungan daripada belia China yang diketuai oleh Mr. Zhou Changkui, Timbalan Presiden All-China Youth Federation (ACYF), Ms. Dong Xia, Timbalan Setiausaha Agung ACYF, Mr. Xu Lin, Timbalan Pengarah Unit Antarabangsa ACYF, Mr. Ma Ningyu, Presiden Guizhou Provincial Youth Federation, Mr. Mao Qizhong, Timbalan Presiden Jilian Provincial Youth Federation, dan Mr. Chen Bin, Timbalan Pengarah Perusahaan Pertubuhan Belia China.  Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diwakili oleh Presiden, En Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, dan En. Rhayme Yahaya, Setiausaha Agung KoMBM yang juga Exco MBM, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan. Turut sama dalam kunjungan ini ialah Encik Azizuddin Ahmad, Setiausaha Eksekutif AYC.

Delegasi belia dari China telah sudi hadir ke Wisma MBM bertujuan untuk melihat dan mengenali dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan yang menaungi belia-belia di Malaysia iaitu MBM.  Para tetamu telah diterangkan mengenai latar belakang MBM dan didedahkan dengan situasi belia di Malaysia dan wakil MBM juga telah diberi penerangan ringkas mengenai All-China Youth Federation (ACYF).

Fokus utama pertemua adalah untuk menjalinkan hubungan erat Malaysia-China disamping bersama-sama dalam usaha pembangunan belia di kedua-dua buah negara melalui program pertukaran budaya dan internship.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »