MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Moscow City Sports Department ke MBM

KUALA LUMPUR 26 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Moscow City Sports Department, Moscow Government yang diketuai Mr. Prokhorov Vladimir bertempat di Wisma MBM.

Delegasi ini telah disambut dan diberi taklimat mengenai MBM oleh Sdr. Dhanesh Basil, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Antarabangsa MBM mewakili Presiden MBM yang juga Presiden MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்.

Ia merupakan sebuah organisasi pembangunan belia khususnya dalam bidang sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet muda Rusia untuk kejohanan Olimpik.

Mereka turut menawarkan belia Malaysia mendalami bidang sukan khususnya bolasepak di Rusia.

Turut sama Mr. Sergey Vasiliev, Deputy Chairman Chamber of Commerce and Industry of the Russian Federation.

Hadir sama Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »