MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kolaborasi MBM-MOTAC anjurkan Asean Youth and Heritage Forum

PUTRAJAYA 21 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Hidup Sihat dan Jawatankuasa Antarabangsa MBM telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dr. Christina Yeo Ken Yin bertempat di Bangunan MOTAC di sini.

Pertemuan bertujuan membincangkan mengenai kerjasama penganjuran Asean Youth and Heritage Forum yang dijadualkan pada Oktober 2024 sempena giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Hadir sama Exco MBM, Nor Shawaluddin Abdul Malik dan Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin.

Terima kasih atas peluang kolaborasi dalam penganjuran program peringkat ASEAN ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »