MAJLIS BELIA MALAYSIA

KBSMalaysia juara program Sukan Perpaduan KBSMalaysia-KBSSabah

KOTA KINABALU 30 Jun – Team Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berjaya merangkul juara program Sukan Perpaduan KBSMalaysia-KBSSabah yang berakhir hari ini.

Majlis penutup dan penyampaian piala disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Alfred Angin di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat serta melahirkan warga kerja yang sihat dan aktif.

Program selama dua hari ini disertai pegawai-pegawai dibawah jabatan dan agensi KBSMalaysia melibatkan beberapa acara sukan antaranya bola jaring, golf, boling, badminton, ping pong, bolasepak serta sukan rakyat.

Istimewa edisi kali ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun turut diundang menyertai pasukan KBSMalaysia.

Pasukan KBSMalaysia ini diuruskan oleh Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Malaysia (MYSO).

MBM mengucapkan terima kasih kepada KBSMalaysia atas ruang dan penglibatan MBM dalam menjayakan program ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KBSMalaysia, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

Wakil MBM ke program ini diketuai Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Exco MBM, Sdri. Jessy Ng dan Sdr. Eow Shiang Yen.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »