KUALA LUMPUR 4 Sep – Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3-4 September telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim hadir meraikan golongan belia di majlis penutup sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa.
Hari Belia merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap usaha dan kejayaan golongan belia yang merupakan tunjang dalam pembangunan negara serta keutuhan Keluarga Malaysia.
Turut hadir Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur, Encik Asmori Sa’ahari dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed.
Tahniah warga belia Wilayah!