MAJLIS BELIA MALAYSIA

Delegasi MBM hadiri Talent Show Malaysian Night

MOSCOW 9 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini hadir menyantuni pelajar-pelajar Malaysia di Rusia dalam program Talent Show Malaysian Night anjuran Malaysia-Moscow Aviation Students Organizations (MMASO) bertempat di Moscow.

Program ini diisi dengan persembahan nyanyian, tarian dan sketsa oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.

Untuk rekod, MBM mempunyai hubungan baik dengan MMASO dan pernah beberapa kali mengadakan program ‘Doktor Masuk Kampung’ yang dilaksanakan di Pahang.

Majlis turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Rusia, Tuan Yang Terutama Dato’ Loon-Lai Cheong.

Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez; Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad; Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali; Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Iqmal Mahadi; Presiden MIYC Kebangsaan, Sdr. Dhanesh Basil; Pegawai Khas kepada Duta Besar Malaysia ke Moscow dan Presiden MMASO, Mohd Akil Ibrahim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »