MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tindakan tegas terhadap penderaan remaja OKU

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU Malaysia menggesa siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down berusia 13 tahun dapat diselesaikan dengan segera. Hukuman yang tegas serta setimpal wajar dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dalam kes penderaan […]

PEMULIH diharap terus jadi talian hayat rakyat

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebagaimana 6 pakej sebelum ini diharap terus menjadi talian hayat rakyat yang sedang berhempas pulas menghadapi kesukaran dan keperitan kehidupan. Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang ia sebagai pelan yang menyeluruh dalam membantu menjayakan Pelan Pemulihan Negara dalam mendepani cabaran akibat pandemik ini walaupun bantuan kepada perusahaan kecil dan […]

Kerajaan Harus Terus Tegas Pertahan LTSAAS dan Beri Peluang Kepada Pelan “Subang Airport Regeneration”

Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius akan hala tuju pembangunan dan pengoperasian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang berikutan ura-ura sebuah syarikat swasta mengambil alih pengendalian LTASAAS sekaligus mengeluarkannya daripada keseluruhan sistem rangkaian lapangan terbang Malaysia Aiports Holdings Berhad (MAHB). Ini adalah kerana isu ini melibatkan kepentingan rakyat, negara dan generasi masa depan. […]

MBM amat bimbang sektor kredit komuniti diberikan kebenaran beroperasi

Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa amat bimbang apabila baru-baru Kerajaan bersetuju membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi berkuat kuasa serta-merta. Ini berikutan kes tekanan mental berkaitan pinjaman kredit komuniti semakin membimbangkan dan aduan berkaitan syarikat pinjaman berlesen semakin meningkat khususnya […]

Translate »