MAJLIS BELIA MALAYSIA

ISU PENGANGGURAN BELIA MALAYSIA DITANGANI DENGAN MEWUJUDKAN KERJASAMA STRATEGIK SWASTA- KERAJAAN

Johor Baharu| 15 Ogos 2020- Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan Program Latihan Kebolehpasaran PROKENS dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta HSBC Bank Malaysia sebagai langkah untuk mengangani isu pengangguran dalam kalangan belia pasca pandemik COVID-19. Majlis Pelancaran yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diadakan selari dengan sambutan Hari […]

Sesi ramah mesra Presiden MBM bersama MBD Batu Pahat

BATU PAHAT 14 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha beramah mesra bersama pimpinan baharu Majlis Belia Daerah (MBD) Batu Pahat sambil bertanyakan perkembangan terkini gerak kerja. MBD Batu Pahat dipimpin oleh Sdr. Mesafizam dan aktif menyantuni belia akar umbi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia kali ke-7 sesi 2018-2020

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan Mesyuarat Exco kali ke-7 Sesi 2018-2020 di sini dengan kehadiran barisan Exco MBM. Jufitri berkata, “mesyuarat kali ini memberi fokus kepada sambutan Hari Belia Negara 2020 melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri selain agenda penting yang lain”. Hadir sama Ex-Officio Kementerian […]

MoU Program Belia Berniaga ‘Extrajoss’

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Thirty Elements Sdn Bhd serta Kalbe Malaysia Sdn Bhd dalam “Program Belia Berniaga Extrajoss”. Majlis ini disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan, Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan YB. Mohd […]

Translate »