MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat MBM kepada Timbalan Rektor UIA

GOMBAK 26 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di pejabatnya. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM. MBM dan UIAM […]

Taklimat Bantuan Khas Program Bantuan Sokongan Psikososial Covid-19

DALAM TALIAN 26 Mei – Satu sesi taklimat bantuan khas Program Sokongan Psikososial dan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan telah diadakan secara dalam talian kepada ahli jawatankuasa wanita dari Badan-badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM). Taklimat ini disampaikan oleh Puan Norhafiza Mohamed Rashid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). […]

Pertemuan MBM-Kedutaan bincang penganjuran Bangladesh-Malaysia Youth Summit

KUALA LUMPUR 26 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Presidennya Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mengadakan pertemuan bersama Mr. Khorsad, Deputy Bangladesh High Commission, Kuala Lumpur, Malaysia bertempat di Kedutaan Bangladesh di sini. Pertemuan membincangkan mengenai kerjasama untuk menganjurkan program Bangladesh-Malaysia Youth Summit dengan tema ‘Innovation […]

Ukhuwah MBM-JBSN di Majlis Semarak Lebaran anjuran Bahagian Pembangunan Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Semarak Lebaran anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di Menara KBS. Pelbagai juadah disediakan di samping dapat beramah mesra bersama kakitangan JBSN. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin sentiasa terpelihara demi pembangunan generasi muda. Antara pimpinan MBM yang hadir […]

Translate »